Friday, February 12, 2010

                                                                 solat hajat perdana

VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Yang Inovatif dan Bertaraf Dunia.



MISI

Menyediakan Pelajar Bumiputera yang Partiotik, Cemerlang dan Berdaya Saing dalam Bidang Sains dan Teknologi.



NILAI TERAS

Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik. (SIKAP)



MOTO

‘Kecemerlangan dan Takwa’



SLOGAN

‘Strive For All A’s’ ‘Together We Strive’. ‘Together We Thrive’

stive for all A's!
stive for all A's!
go! go! go!
fight! fight! fight!
win! win! win!
ALL A'S!




PIAGAM PELANGGAN

•Mewujudkan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran yang, kondusif dan efektif.

•Memberi peluang yang luas dalam usaha mengembangkan potensi diri pelajar dan seterusnya menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

•Memastikan penyediaan dan penggunaan prasarana dan sumber organisasi secara cekap dan berkesan.

•Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai agensi dan jabatan serta komuniti sekitar.

•Membina rasa yakin dikalangan ibu bapa terhadap kepimpinan maktab.

•Membina suasana disiplin yang teratur tanpa perlunya membina peraturan ketat, keadaan tenang tanpa penindasan serta selesa untuk suasana pembelajaran.


OBJEKTIF

MRSM Mengorak langkah untuk:

•Semua pelajar memperoleh A dalam semua subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM.

•Semua pelajar memperoleh A dalam semua subjek yang diambil dalam peperiksaan PMR.

•Mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 2.0 dalam setiap peperiksaan SPM.

•Mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 1.0 dalam setiap peperiksaan PMR.

•Semua pelajar memperoleh sijil graduasi setiap tahun dengan TPNG 2.5 ke atas.

•Semua pelajar mendapat kelulusan 100% dalam Ujian PAFA,PEKA,ULBS DAN PLBS.

•40% pelajar memperolehi PNG 3.50 dan ke atas dalam setiap peperiksaan semester.

•Pematuhan audit 100% untuk kerja-kerja perolehan, simpanan rekod dan iventori.

•Menguruskan perbelanjaan maktab mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan serta menjurus kepada kepatuhan 100% audit kewangan.

•Senggaraan dibuat secara berkala (berjadual) untuk memastikan urusan penjagaan peralatan dan kemudahan sentiasa dalam keadaan terbaik.

•Kepatuhan kepada kriteria bersih, nyaman, ceria dan selamat mengikut piwaian yang ditetapkan oleh MARA dan pihak berkuasa yang berkaitan.

•Mengurus tingkah laku pelajar dengan contoh pekerti yang baik, berhemah, bersopan santun dan menghormati warga maktab yang lain.

•Memastikan tiada kes disiplin dan salah laku pelajar sepanjang tahun pengajian di MRSM Muadzam Shah.

•Melahirkan pelajar yang berketrampilan melalui program pembangunan insan, keusahawanan dan kepimpinan pelajar serta keluarga pelajar

•Menyertai semua jenis pertandingan di peringkat Daerah dan MRSM dengan sekurang-kurangnya mendapat tempat ketiga.

•Melahirkan guru dan staf yang berketrampilan melalui program pembangunan staf sekurang-kurangnya dua kali setiap semester.

•Memastikan semua guru berkebolehan menggunakan dua perisian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

•Mewujudkan pengkalan maklumat di server MRSM Muadzam Shah dan dikongsi bersama melalui capaian Intranet dan dapat mengurangkan penggunaan kertas sebagai bahan edaran dalaman

batch 07/09
dewan budiman tersergam dengan gahnya

Pendahuluan

MRSM Muadzam Shah adalah merupakan MRSM yang ke-19 dalam siri penubuhan MRSM oleh MARA.



Berkeluasan 33.1 ekar, MRSM Muadzam Shah mula beroperasi pada 26 Jun 1995 apabila pengetua pertamanya iaitu En. Wan Mohd. Yusoh Bin Wan Ali melaporkan diri. Pentadbiran MRSM Muadzam Shah pada mulanya dianggotai oleh seorang pengetua, 10 orang guru dan seorang pembantu am rendah.



Pengambilan pelajar Tingkatan 1 kumpulan perintis ialah pada 31 September 1995 seramai 135 orang, Pengambilan pelajar kumpulan kedua pula (juga diperingkat Tingkatan 1) adalah pada Disember 1995 iaitu dengan seramai 100 orang pelajar yang mendaftar. Pada mulanya, perancangan MARA adalah untuk menjadikan MRSM Muadzam Shah sebagai institusi menengah rendah sahaja tetapi sehingga pada tahun 1999 pembangunan fizikal ditambah dan pengambilan pelajar dibuat diperingkat tingkatan satu dan empat. Pelajar-pelajar tersebut adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Kementerian Pendidikan dan lepasan PMR MRSM sendiri .



Perasmian Maktab

Tanggal 31 Mac 2001 merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi Maktab Rendah Sains MARA, Muadzam Shah. Ini kerana pada tarikh tersebut, Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah telah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.



Majlis perasmian dimulakan dengan sambutan ketibaan Duli Tuanku dengan paluan kompang dan barisan para pelajar di kiri dan kanan jalan, diiringi lagu "Allah Selamatkan Sultan Kami". Sebelum majlis perasmian dijalankan, Tuanku Sultan Pahang telah berkenan untuk memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada dua puluh enam anggota Kadet Polis Diraja Malaysia MRSM Muadzam Shah.



Baginda kemudiannya berangkat ke Dewan Budiman dengan diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat untuk meneruskan upacara perasmian. Sebatang pokok telah ditanam oleh baginda sebagai tanda kenang-kenangan. Baginda dan semua jemputan kemudiannya menjamu selera di khemah yang telah disediakan.



Upacara selanjutnya ialah lawatan Duli Tuanku ke Makmal Bistari di Pusat Sumber Pembelajaran dan sekitar pembangunan pentadbiran MRSM Muadzam Shah. Majlis ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan keberangkatan pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.



Pembangunan Fizikal
Maktab ini telah melalui 3 fasa pembangunan fizikal dan infrastruktur.



•Fasa pertama : Dari awal pembinaan hingga mula beroperasi pada tahun 1995.

Kampus MRSM Muadzam Shah hanya mempunyai satu blok pentadbiran, satu bangunan perpustakaan, 60 bilik asrama putera dan 48 bilik asrama puteri yang boleh menampung 432 orang pelajar, 8 kelas Makmal Sains, 12 bilik darjah, sebuah Musolla, Dewan Selera dan sebuah rumah pengetua.



•Fasa kedua : Pembinaan bermula pertengahan 1997 dan siap pada penghujung tahun 1998.

Tambahan bangunan dibuat adalah seperti berikut :



•Pembesaran bangunan pentadbiran, perpustakaan, Musolla sehingga boleh membuatkan 650 jemaah dan Dewan selera.

•Tambahan bangunan asrama lelaki dan perempuan sehingga boleh menampung keseluruhan pelajar seramai 784 orang dengan nisbah 2 lelaki :1 perempuan.

•Tambahan bilik darjah sebanyak 18 kelas, 6 makmal sains teras, 4 kelas/bengkel Kemahiran Hidup, 2 makmal komputer, bilik guru, bilik senireka dan ruang kooperasi.

•Sebuah dewan besar yang boleh menampung 800 - 1000 orang audiens, sebuah stor pusat, 2 buah rumah penolong pengetua, 16 unit rumah guru serta 5 unit rumah IMG turut dibina.

•Tambahan padang permainan bola tampar, bola jaring, padang tenis disamping yang sedia da seperti padang bola sepak dan sepaktakraw.

•Fasa ketiga : Pembinaan bermula September 2000 hingga Februari 2001.

Melibatkan tambahan laluan berbumbung dari asrama ke pusat pelajar, dari blok akademik ke blok pentadbiran dan ke dewan besar, kemaskini kawasan padang permainan, pembesaran perpustakaan, ubahsuaian bilik-bilik pentadbir di pejabat pentadbiran dan melengkapkan makmal multimedia serta rangkaian dalaman.



Aktiviti Pelajar



MRSM merupakan sebuah sekolah berasrama penuh. Pelajar tinggal dan bersekolah di dalam kampus yang sama. Kelas akademik bermula jam 7.30 pagi dan berakhir 1.50 petang dan 2.30 petang pada hari Selasa. Selepas rehat, makan tengahari dan solat Zohor pelajar ke kelas persediaan petang dari jam 3.00 hingga 4.30 petang. Pada petang Isnin, Selasa dan Rabu pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan Badan beruniform. Pelajar diberi masa beriadah diantara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang. Selesai makan malam dan solat Maghrib, pelajar-pelajar ke kelas persediaan malam mulai jam 9.00 hingga 11.00 malam. Selesai minum malam, pelajar tidur mulai jam 11.30 malam.



Setiap waktu solat, pelajar-pelajar diwajibkan solat berjemaah di Musolla maktab mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Pelajar dibenarkan balik bermalam di hujung minggu sekali dalam sebulan di samping dibenarkan keluar ke bandar setiap minggu pada hari Sabtu.



Guna Tenaga



Bermula dengan 12 orang anggota kerja dalam tahun 1995 sehingga sekarang MRSM Muadzam Shah dianggotai oleh 99 orang anggota termasuk guru-guru, kakitangan dan ahli techart. Disamping itu terdapat 3 kumpulan kontraktor yang menyelenggarakan kerja berkaitan iaitu kontrak Pembersihan Kawasan dan Memotong Rumput, Kontrak Bekalan Makanan Bermasak untuk pelajar-pelajar dan kontrak Kawalan Keselamatan.



Sejarah Pengetua

•Encik Wan Mohd Yusoh Bin Wan Ali (22 Jun 1995 Hingga 8 Mei 2001)

•Encik Md Rahim Bin Salim (9 Mei 2001 Hingga 31 Januari 2002)

•Puan Sempawan Binti Shafiei (1 Februari 2002 Hingga 31 Disember 2004)

•Puan Siti Fatimah Binti Hassan ( 3 Januari 2005 Hingga 31 Oktober 2007)

•En. Che Mohd Fauzi bin Che Omar ( 1 November 2007 Hingga Sekarang)


tunjang maktab tercinta
PUISI PENUBUHAN MARA
AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA)
USMAN AWANG NOVEMBER 1991

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA.




Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.


RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya

Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan


Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.